BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Berkunjung!

Semoga anda berpuas hati dengan kandungan blog saya. Selamat membaca. blog baru saya http://kelategilobola.ning.com/

Khamis, 31 Disember 2009

Indra Putra Mahayuddin kapten kelantan 2010





Indra putra mahayuddin merupakan kapten baru pasukan kelantan musim 2010 menggantikan Badhri Radzi/Piya yang telah mengalami kecederaan panjang pada musim lepas dan mungkin dilihat tidak lagi dapat bermain dengan baik seperti musim lepas jika dilihat sendiri pada siri perlawanan persahabatan yang lepas.Piya dilihat takut kecederaan lamanya kembali apabila dia kuat mengelak apabila bertembung dengan lawan.

Rabu, 30 Disember 2009

kelantan 1 - 1 felda united

Kelantar sekadar seri 1-1 dalam perlawanan menentang Felda United malam ini. Felda united mendahului lebih awal dan gol penyamaan buat kelantan dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Selasa, 29 Disember 2009

KAFA keluarkan produk sendiri

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak lagi dibelenggu masalah kewangan menjelang musim depan apabila mereka dijangka meraih jutaan ringgit hasil jualan barangan keluaran persatuan tersebut, lapor RIZALMAN NOR.

Bagi mengukuhkan sumber kewangan, KAFA telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek untuk mengeluarkan barangan sendiri yang mempamerkan logo KAFA dan tulisan The Red Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Barangan dan Pemasaran KAFA, Azlan Mohd. Yusoff berkata, semua barangan yang akan dipasarkan nanti menjadi hak milik terpelihara persatuan itu.

"Kita akan mendapat sumber kewangan yang kukuh dengan penjualan barangan seperti jersi, baju-T, topi, beg, pelekat kenderaan dan pelbagai lagi barangan cenderahati untuk dimiliki oleh penyokong setia bola sepak Kelantan.

"KAFA kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan barangan tersebut kepada orang ramai," katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Menurutnya, tindakan KAFA berdaftar dengan perbadanan tersebut bertujuan menjamin kualiti semua barangan yang akan berada di pasaran nanti.

Azlan memberitahu, tidak akan ada lagi jualan barangan cenderahati yang dicetak rompak di pasaran pada musim depan.

"Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak yang menjual barangan menggunakan logo KAFA sesuka hati tanpa mendapat kebenaran sekali gus menjejaskan pendapatan persatuan ini.

"Selain itu, penggunaan logo terutama pada jersi dan baju-T yang tidak mengikut standard KAFA juga telah menjejaskan imej persatuan itu," ujar beliau.

Beliau berkata, peniaga yang mendapatkan barangan daripada pengeluar yang tidak sah sebelum ini tidak perlu bimbang kerana KAFA memberi jaminan bahawa ejennya akan mendapat keuntungan yang lumayan hasil jualan barangan tersebut.

Setakat ini, lebih 20 peniaga telah berdaftar dengan KAFA dan semua barangan akan berada di pasaran awal bulan depan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang sebagai ejen di Wisma KAFA, Kubang Kerian.

Peminat Bolasepak Kelantan Minta KAFA Siasat Kawalan Longgar Di Stadium

KOTA BAHARU, 28 Dis (Bernama) -- Peminat bola sepak Kelantan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lepas.

Mereka berpendapat kejadian itu mengecewakan kerana menidakkan hak penonton yang telah membeli tiket perlawanan selain menyerlahkan kelemahan kawalan keselamatan apabila dengan mudah dibolosi peminat tidak bertiket itu.

Kejadian berlaku apabila pintu utama stadium itu dibuka sebaik sebelum perlawanan bermula menyebabkan ratusan penonton tanpa tiket menyerbu masuk tanpa sempat dikawal oleh pihak pengurusan KAFA dan pengurusan stadium berkenaan.

"Perbuatan itu bukan saja merugikan KAFA, malah menjejaskan semangat kesukanan yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan perlawanan persahabatan itu," kata seorang peminat bola sepak, Rahimi Hussein, 26, kepada Bernama, di sini, Isnin.

Perlawanan persahabatan itu berkesudahan kedua-dua pasukan seri tanpa sebarang gol.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KAFA Tuan Hashim Tuan Yaakob, berkata pihaknya akan memulakan ujian percubaan bagi menggunakan sistem tiket elektronik "Touch N Go" di pintu masuk stadium itu Rabu ini ketika perlawanan persahabatan Kelantan menentang Felda United sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya menjelang sepak mula saingan Liga Super pada 3 Jan depan.

-- BERNAMA

Perlawanan Seterusnya:

Kelantan  mln  Felda Utd
                             Stadium Sultan Mohamad IV
8:45 mlm

Ahad, 27 Disember 2009

Kelantan 0 - Narathiwat FC 0



Kelantan hanya seri tanpa jaringan menentang squad pilihan dari Narathiwat. 0 - 0

Sabtu, 26 Disember 2009

MALAM INI:

-Kelantan lwn Pilihan Narathiwat di Stadium Sultan Muhamad IV pukul 8:45 mlm
-mari pakat gi tengok psuke ksayange kito hok baru...

Shahrul Idlan Sedia Julang Red Warriors

Ditulis oleh Berita Harian   
FRIDAY, 25 DECEMBER 2009 08:59
SELEPAS menjadi antara tonggak yang membantu skuad kebangsaan meraih emas Sukan Sea di Laos baru baru ini, harapan besar turut disandarkan ke bahu penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha (gambar) untuk merealisasikan impian Kelantan pada Liga Malaysia, musim depan.

Namun, ketua pasukan Kelantan musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, mengingatkan Nor Shahrul supaya jangan cepat berpuas hati serta lupa diri, seandainya ingin lebih maju.
Malah, Indra Putra berharap prestasi yang ditunjukkan Nor Shahrul di Laos dapat diteruskan bersama Kelantan yang turut diperkuatkan dengan dua lagi penyerang, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli selain S Subramaniam dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

“Norshahrul sangat berpotensi dan dia antara tonggak Kelantan musim ini. Segalanya menjadi mudah selepas kami menjalani latihan bersama dan keserasian dalam pasukan mula dapat dilihat.”
“ Jika dilihat kepada kombinasi barisan lama dan baru, saya yakin Kelantan mampu memenuhi harapan pengurusan dan juga peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.”

Kelantan akan membuka kempen Liga Super mereka menentang pasukan jiran, Terengganu pada 9 Januari ini.
Pengendali Kelantan, B Satianathan akan diuji sepenuhnya dalam aksi musim ini selepas hanya memimpin pasukan itu selama dua bulan sebelum bermulanya Piala Malaysia musim lalu.

“Saya berada di bawah kendalian B Satianathan sejak berumur 19 tahun lagi, dalam jangka masa itu, dia memang seorang yang sangat mementingkan disiplin dan serius untuk membawa kejayaan pasukan.,” kata Indra Putra.

Jumaat, 25 Disember 2009

maklumat dari Padang Latihan Presiden tadi:

Somchai akan menyarung jersi senior walaupun didaftarkan untuk pemain Presiden..
Semua jurulatih dari belia sehinggalah Sathia memuji persembahan Somchai kerana walau kali pertama berada diatas padang dan bermain bersama bintang, dia bermain dengan tenang dan berani memegang bola tanpa memikirkan statusnya pertama kali menyarung jersi dan maim dengan state..
malah dikhabarkan Somchai sedikit kekok ketika menjalani latihan secara teratur kerana tidak biasa dengan sistem latihan yang dilakukan Kelantan berbanding pasukan di kampung..

Disini nok oyatnyo..
Lonieh team Presiden dop tengah wat selection..
Dari 38 Pelatih Dimaklumkan hanya Somchai yang ditandatangani terus..


from RedsFC @ KelateDotNet


Somchai Sinuai

pemain Siam bernama Somchai Sinuai nieh berumur 18 tahun...
Berasal dari Tumpat..
Minggu lepas dio gie select utk main Presiden di Pasir Mas tetapi ketika tuh coach Sathia melihat aksinya dan berminat untuk menggunakan khidmat pemain ini diatas padang bersama skuad senior..
Dio Didaftarkan untuk presiden tetapi kemungkinan akan dipanggil untuk skuad senior pada masa hadapan..

Khamis, 24 Disember 2009

Kelantan 2 - T-team 0

*farhan
*chanturu


-player kelate bnyk yg perform
-nizad ayub menjadi sub dan dikeluarkan balik
-player baru bernama somchai
-tiada balingan mercun dan penonton berdisiplin
-syed adney save penalty dan nampak tenang,kadang membuat kesilapan mudah
-padang licin,hairuddin,nizad,shahrul idlan kerap tergelincir
-ismail farouqi nampak cemerlang
-zul yusri dan nizad pemain yang tidak perform
-defender nampak kemas kecuali zamri yang awalnya nampak gemuruh
-tengah dikawal baik oleh piya dan shakir,piya nampak berhati-hati
-chanturu mencuri perhatian penonton dengan larian laju,manakala sharul idlan beraksi baik tp kerap tergelincir
-Indra beraksi seperti biasa,jarang melakukan percubaan
-pemain gantian ialah ailim,wan zaman,izuan solahuddin,farisham,zairul,zul yusri,somchai,hairuddin
-pertahanan yang diterajui azizi nampak kemas dibantu rizal dan daudsu.daudsu cemerlang

harga tiket persahabatan

RM10 - tempat duduk astaka
RM5 - Tempat duduk terbuka

harap maklum

anuarSZ @ KelateDotNet

Rabu, 23 Disember 2009

Perlawanan malam ini


Selasa, 22 Disember 2009

KAFA Perkenal Tiket Elektronik Touch N Go Musim Depan

Labels: Keratan Akhbar, Sukan |

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memperkenalkan pembelian tiket secara elektronik "touch n go" kepada penonton bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-1V di sini musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata penggunaan kad elektronik itu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan kebocoran penonton yang memasuki stadium tanpa tiket yang sah.


Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan usaha KAFA meningkatkan pendapatan melalui penjualan tiket ke arah menjadikan 2010 sebagai "Tahun Bola Sepak Kelantan".

"Keputusan Pengurusan KAFA menggunakan tiket melalui sistem elektronik ini dianggap sebagai langkah berkesan dalam usaha membendung kebocoran penonton tanpa tiket, terutama yang menggunakan pintu masuk utama dan eksklusif di stadium," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem itu akan dimulakan menjelang perlawanan permulaan Piala FA musim depan pada 12 Januari.

Selain itu, katanya KAFA juga akan meningkatkan kempen menarik lebih ramai penaja membeli tiket di semua tempat duduk, serendah RM250 sehingga RM3,000 semusim.

Tuan Hashim berkata, selain untuk menarik lebih ramai penyokong memberi komitmen kepada skuad Red Warriors, langkah itu juga dapat menambahkan kutipan wang melalui tiket.

Tuan Hashim berkata, usaha yang dijalankan oleh KAFA itu mendapat kerjasama dengan pihak kerajaan negeri menerusi Perbadanan Stadium yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.- BERNAMA

Isnin, 21 Disember 2009

Ramzul Zahini dan Azlan Zainal tidak didaftarkan untuk musim 2010

ramzul zahini dan azlan zainal tidak didaftarkan kerana masih mengalami kecederaan.... hanya player yg bebas dr kecederaan panjang boleh didaftarkan

dari anuarSZ drp forum KelateDotNet
________________________________________________________

bulan 2/3 ada pendaftaran pemain baru kemungkinan

dari RedsFC drp forum KelateDotNet

Senarai Pemain Yg Didaftarkan untuk tahun 2010

Syed Adney Syed Hussein ( 1 )
Azizi Mat Rose ( 2 )
Subramaniam a/l Sooryapard ( 3 )
Khairan Eroza Razali ( 5 )
Mohd Farisham Ismail ( 6 )
Mohd Nizad Ayub ( 7 )
Mohd Shakir Shaari ( 8 )
Norshahrul Idlan Talaha ( 9 )
Mohd Nor Farhan Muhammad ( 10 )
Cik Hisammudin Hassan ( 11 )
Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin ( 12 )
Chanturu a/l Suppiah ( 13 )
Akmal Rizal Ahmad Rakhli ( 14 )
Mohd Daudsu Jamaludin ( 15 )
Mohd Badhri Mohd Radzi ( 16 )
Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid ( 17 )
Wan Zaman Wan Mustapha ( 18 )
Zul Yusri Che Harun ( 19 )
Hairuddin Omar ( 20 )
Sarudy Aziz ( 21 )
Mohd Shahrizan Ismail ( 22 )
Indraputra Mahayuddin ( 23 )
Zairul Fitree Ishak ( 24 )
Mohd Halim Napi ( 25 )
Khairul Fahmi Che Mat ( 30 )


p/s - Buat pertama kali pasukan kelantan mendaftarkan 4 penjaga gol termasuk Halim Napi....

Dipetik dari anuarSZ drp forum KelateDotNet

Sabtu, 19 Disember 2009

Perlawanan persahabatan seterusnya

23/12/2009 - KELANTAN vs T-TEAM (SSMIV)

26/12/2009 - KELANTAN vs PILIHAN NARATHIWAT (SSMIV)

30/12/2009 - KELANTAN vs FELDA UNITED (SSMIV)

02/01/2010 - KELANTAN vs STAF USM (SSMIV)

dipetik drp slices dari forum RedKijang.Com

Muangthong 0 - 0 Kelantan

Kelantan sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan persahabatan dengan Muangthong FC dalam perlawanan ke-3 'Red Warriors Thai Tour' selepas dua kekalahan sebelum ini.

Chonburi FC 1-0 Kelantan

Kekalahan kedua buat Kelantan dalam 'Red Warriors Thai Tour' dan sama juga seperti perlawanan lepas iaitu 1-0 ditangan pasukan handalan dalam liga Thailand iaitu Chonburi FC@Shark.

Jadual Piala FA 2010

PUSINGAN PERTAMA: (2 dan 6 Februari)

SDM Kepala Batas lwn PKNS
Felda United lwn Pahang
Pos Malaysia lwn MP Muar
KL Plus lwn Harimau Muda B19
Kuala Lumpur lwn Johor
PDRM lwn Melodi Jaya
Johor FC lwn Negeri Sembilan

Perlis lwn Perak
T-Team lwn Shahzan Muda
Pulau Pinang lwn Sarawak
Staf USM lwn Terengganu
UiTM FC lwn Ban Hoe Leong
ATM lwn Melaka
Sabah lwn Kedah

PUSINGAN KEDUA: (9 dan 20 Februari)

Selangor lwn SDM Kepala Batas/PKNS
Felda United/Pahang lwn Pos Malaysia/MP Muar
KL Plus/Harimau Muda B19 lwn Kuala Lumpur/Johor
PDRM/Melodi Jaya lwn Johor FC/Negeri Sembilan

Perlis/Perak lwn T-Team/Shahzan Muda
Pulau Pinang/Sarawak lwn Staf USM/Terengganu
UiTM FC/Ban Hoe Leong lwn ATM/Melaka
Sabah/Kedah lwn 
Kelantan

SUKU AKHIR: (16 dan 20 Mac)

Selangor/SDM Kepala Batas/PKNS lwn Felda United/Pahang/Pos Malaysia/MP Muar
KL Plus/Harimau Muda B19/Kuala Lumpur/Johor lwn PDRM/Melodi Jaya/Johor FC/Negeri Sembilan

Perlis/Perak/T-Team/Shahzan Muda lwn Pulau Pinang/Sarawak/Staf USM/Terengganu
UiTM FC/Ban Hoe Leong/ATM/Melaka lwn Sabah/Kedah/ 
Kelantan

SEPARUH AKHIR: (27 Mac dan 3 April)

Selangor/SDM Kepala Batas/PKNS/Felda United/Pahang/Pos Malaysia/MP Muar lwn
KL Plus/Harimau Muda B19/Kuala Lumpur/Johor/PDRM/Melodi Jaya/Johor FC/Negeri Sembilan

Perlis/Perak/T-Team/Shahzan Muda/Pulau Pinang/Sarawak/Staf USM/Terengganu lwn
UiTM FC/Ban Hoe Leong/ATM/Melaka/Sabah/Kedah/ 
Kelantan

FINAL: (10 April)

Selangor/SDM Kepala Batas/PKNS/Felda United/Pahang/Pos Malaysia/MP Muar/KL Plus/Harimau Muda B19/Kuala Lumpur/Johor/PDRM/Melodi Jaya/Johor FC/Negeri Sembilan lwn
Perlis/Perak/T-Team/Shahzan Muda/Pulau Pinang/Sarawak/Staf USM/Terengganu/UiTM FC/Ban Hoe Leong/ATM/Melaka/Sabah/Kedah/ 
Kelantan



Dipetik daripada Huntedz_Boyz dari forum KelateDotNet

Jadual Liga Super Melibatkan Kelantan 2010


Liga M 2010: Peraturan lebih ketat

utusan malaya 16.12.09

Liga M 2010: Peraturan lebih ketat

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA - Dua pasukan yang kalah separuh akhir musim lalu, Negeri Sembilan dan Perlis berdepan laluan getir seawal pusingan pertama persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan, Piala FA 2010.

Sebaik sahaja tirai aksi disingkap 2 Februari depan, lawan setaraf mereka dalam Liga Super - Johor FC bakal menanti kunjungan juara Piala Malaysia 2009 itu dan Singa Utara bimbingan Nidzam Adzha Yusof akan melayani Perak.

Juara bertahan, Selangor dan naib juara, Kelantan pula dipisahkan lebih awal dalam majlis undian di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam dan mereka mungkin cuma mampu bertembung pada perlawanan akhir, 10 April.

Gergasi Merah dan Wira Merah turut hanya akan beraksi dalam pusingan kedua, 10 April depan setelah mendapat laluan percuma daripada pusingan pertama yang berlangsung secara timbal balik.

Anak buah K. Devan menanti pemenang perlawanan pusingan pertama antara Sinar Dimaja Mai Sarah dengan PKNS sementara Kelantan bakal berentap dengan pemenang antara Sabah dengan Kedah dalam pusingan kedua.

Tiga puluh pasukan beraksi dalam Piala FA musim depan termasuk beberapa muka baru daripada Liga FAM seperti Pos Malaysia, Melodi Jaya, Staf USM, UiTM Pahang dan Ban Hoe Leong serta Majlis Perbandaran Muar yang dinaikkan ke Liga Perdana, menggantikan Tambun Tulang.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud berkata, skuad bawah 21 negara, Harimau Muda A yang dikeluarkan daripada Liga Super, mungkin menyertai Liga Slovakia tahun depan.

"Mereka (dibimbing Azraai Khor Abdullah) juga masih mempunyai program sepanjang tahun yang menyeluruh bermula dengan kunjungan ke Turki selama 14 hari dan satu kejohanan antarabangsa lain," katanya.

Mengenai pendaftaran pemain Liga M, ia masih tidak dipinda dari 9 Disember lalu manakala jadual pendaftaran kedua, 5 Mei dengan setiap pasukan yang memiliki sekurang-kurangnya 18 pemain sudah memadai untuk beraksi walaupun kuotanya boleh mencapai sehingga 25 orang.

Kata Ahmad Fuad: "Musim 2010 juga akan memperkenalkan satu pendaftaran baru khas pemain yang akan dikuatkuasakan sekiranya sesebuah pasukan diadu pemain atau terlewat membayar gaji mereka walaupun hanya sebulan.

"Jiak terjadi, pasukan berkenaan boleh digantung selama tiga musim, dilucutkan wang pendahuluan, dilarang bermain dalam liga lagi dan diarah membayar kos perlawanan atau memulangkan keuntungan kutipan tiket," katanya.

Menurutnya, pemain pinjaman daripada sesebuah pasukan yang tidak layak bermain di Piala Malaysia juga tidak boleh dikenakan sebarang bayaran tambahan sama ada berbentuk sagu hati atau pampasan oleh pasukan asalnya terhadap pasukan baru.

"Apa yang diterima pemain itu dalam pasukan baru, hendaklah setimpal di pasukan yang meminjamnya kerana FAM akan cuba membantu mengurangkan beban membayar gaji oleh pasukan asal yang tidak dapat bermain di Piala Malaysia," katanya.

Status skuad bawah 19 negara, Harimau Muda (asalnya B) bimbingan Ong Kim Swee pula akan kekal sebagai pasukan jemputan dan tidak berhak mengaut sebarang ganjaran wang tunai jika bergelar juara tetapi pencapaian itu akan kekal malah tidak akan diturunkan atau dinaikkan ke mana-mana divisyen.

Mengenai kelakuan penyokong di stadium, katanya, sebarang kejadian tidak diingini dicetuskan mereka hingga mendapat liputan meluas media mampu mengheret pihak yang terlibat sama ada persatuan negeri, kelab, pegawai dan pemain didenda antara RM5,000 hingga RM100,000.

Selasa, 15 Disember 2009

Kedudukan Chonburi FC


tha
THA
Thailand League
STANDINGS
RnkTeamMPWDLGFGA+/-Pts
Winners 1 Muang Thong United30198348202865
2 Chonburi30188450302062
3 Bangkok Glass30168645311456
4 BEC Tero Sasana30156953341951
5 Osotspa M-1503013893632447
6 Thai Port30128103330344
7 TOT30101283333042
8 TTM Samut Sakhon3081392932-337
9 PEA3099123741-436
10 Samut Songkhram3097142231-934
11 Pattaya United30711122733-632
12 Rajnavy Rayong3086162839-1130
13 Bangkok United30515102434-1030
14 Sriracha3086162834-630
15 Chula United30414122947-1826
16 Nakhon Pathom3067173253-2125