BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Berkunjung!

Semoga anda berpuas hati dengan kandungan blog saya. Selamat membaca. blog baru saya http://kelategilobola.ning.com/

Sabtu, 26 Disember 2009

Shahrul Idlan Sedia Julang Red Warriors

Ditulis oleh Berita Harian   
FRIDAY, 25 DECEMBER 2009 08:59
SELEPAS menjadi antara tonggak yang membantu skuad kebangsaan meraih emas Sukan Sea di Laos baru baru ini, harapan besar turut disandarkan ke bahu penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha (gambar) untuk merealisasikan impian Kelantan pada Liga Malaysia, musim depan.

Namun, ketua pasukan Kelantan musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, mengingatkan Nor Shahrul supaya jangan cepat berpuas hati serta lupa diri, seandainya ingin lebih maju.
Malah, Indra Putra berharap prestasi yang ditunjukkan Nor Shahrul di Laos dapat diteruskan bersama Kelantan yang turut diperkuatkan dengan dua lagi penyerang, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli selain S Subramaniam dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

“Norshahrul sangat berpotensi dan dia antara tonggak Kelantan musim ini. Segalanya menjadi mudah selepas kami menjalani latihan bersama dan keserasian dalam pasukan mula dapat dilihat.”
“ Jika dilihat kepada kombinasi barisan lama dan baru, saya yakin Kelantan mampu memenuhi harapan pengurusan dan juga peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.”

Kelantan akan membuka kempen Liga Super mereka menentang pasukan jiran, Terengganu pada 9 Januari ini.
Pengendali Kelantan, B Satianathan akan diuji sepenuhnya dalam aksi musim ini selepas hanya memimpin pasukan itu selama dua bulan sebelum bermulanya Piala Malaysia musim lalu.

“Saya berada di bawah kendalian B Satianathan sejak berumur 19 tahun lagi, dalam jangka masa itu, dia memang seorang yang sangat mementingkan disiplin dan serius untuk membawa kejayaan pasukan.,” kata Indra Putra.

0 comments: